Monday, February 14, 2011

SEKOLAH TAHFIZ (masa depan ohhh masa depan!!!)

Apa pandangan korang tentang sekolah atau pusat pengajian tahfiz? maksud saya pusat pengajian yg berorientasikn semata2 kepada pengajian al- Quran? Di sini saya bukan la nk membangkang atau pon menyokong tapi inginkn pandapat atau pandangan kepada sesiapa yg berkenaan.

Sebelum ini perkara yg dinyatakan di atas bukan lah satu masalah besar... terus terang kemungkinan ini berlaku adalah disebabkan oleh latar belakang akedemik saya yang biasa atau mengikut sesetengah pihak yg mengatakan pendidikan sekular... (tak baik taw kata gitu... semua ilmu adalah ibadah jika digunakan dgn cara yg betul.. jadi kalu kata ilmu KBSM ilmu sekular.. mana boleh... jangan la diasingkan ilmu dgn agama tau). Walau bagaimana pon tiga org adik dibawah saya mempunyai asas pendidikan sekolah agama.. Ada yang bersekolah di aliran agama dari tgkatan satu sampai tingkatan 3, ada yg bersekolah di maahad sehingga mengambil Sijil Pelajaran Tinggi Agama dan ada juga yang bersekolah di sekolah agama dr tgkatan 1 sampai 5... tetapi kesemuanya mempunyai pendapat dgn saya yang berpendidikan sekular ni (kononnya).

Isu utama di sini adalah tentang masa depan adik saya yang bongsu. Di mana sekarang ini, dia menyambung pengajian di salah satu pusat pengajian tahfiz di utara. Sebenarnya latar belakang akedemik dia sewaktu di sekolah rendah biasa-biasa saja.. Kami abg kakak ni pon tak memjangkakan yg dia akan cemerlang semasa menduduki UPSR. Tetapi alhamdulillah keputusan UPSR dia cemerlang dengan memperolehi 4A, 1B. Mungkin ini berkat dari pendidikan sekolah rendah agama yang dipelajari. Ketika darjah satu atau dua pon dia dah boleh menghafaz surah Yaasin. Kata ayah org yg belajar hafazan ni terang hatinya..

Kami sebenarnya bimbang dengan masa depan adik kami ni. Pada tahun ni sepatutnya dia berada di tingkatan dua dan sedang bersedia untuk menghadapi PMR pada tahun hadapan. Tetapi disebabkan harapan ibu saya yang menginginkan seorang anak yg tahfiz supaya dapat memberi syafaat di akhirat kelak, telah meletakkan adik saya di pusat pengajian tersebut walhal terdapat banyak lagi pusat pengajian tahfiz di Malaysia yang bukan sahaja tertumpu kepada pengajian al- Quran dan hadis tetapi diseimbangkan juga dengan pendidikan berteraskan KBSM seperti Maahad Tahfiz As- Sa'idiyyah, Sekolah Tinggi Islam As-Sofa dan lain-lain lagi lah.


Seorang ustaz waktu zaman persekolahan saya dulu ada menyatakan bahawa kita kena seimbangkan semua perkara dalam kehidupan kita baik dari segi duniawi ataupun ukhrawi. Betul juga kan kalo perut lapaq sgt mcmana nak kusyuk? Yang kami adik beradik ni imbang bukannya apa... kot2 nanti bila dia dah besaq nk cari kerja susah.. Sekarang ni bila tengak syarat2 kerja lebih2 lagi bagi penjawat awam, kurang PMR dan SPM kena ada. So macamana sekarang? Yang penting pendekatan bagaimana yang sesuai untuk menerangkan kepada ibu bapa ku ini? Supaya orang kata menarik rambut dari tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak.. Jangan kata suruh ayak tepung tu pulak k... hehehe FYI kita orang dh pernah discuss perkara ni dgn parent kita org sebelum ni... Tapi setujunya sekejap ja... Bila kami dah balik ke negeri masing2 pikiran dh berubah balik...Again.... macamana sekarang? mana satu yang patut dibuat?

ini entry dari ImranShamsir tentang pengajian tahfiz.. adik2 ku bacalah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...